Sejarah Penubuhan

Pada masa dahulu, Kampung Jenang adalah sinonim dengan kemunduran dan kemiskinan penduduk. Ini kerana kampung terletak di kawasan yang agak terpencil dan hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai untuk ke bandar Marang. Justeru itulah,pengayuh perahu jalur telah menjadi duta kecil penduduk dengan dunia luar.

Menyedari tentang hakikat peri-perlunya pendidikan kepada para penduduk di desa terpencil ini,seorang imam yang sentiasa menjadi idola kepada penduduk kampung ini telah merancang untuk mendirikan sebuahsekolah untuk anak- anak qariahnya.Beliau bersama-sama penduduk kampung telah bergotong royong membina sebuah sekolah berupa pondok kelas dewasa(sekolah dewasa sekitar tahun 60-an dan awl 70-an) di sebelah rumahnya setelah mendapat restu daripada pejabat Daerah dan Penghulu Mukim. Tokoh yang dimaksudkan ialah Haji Abdul Rahman bin Abbas. Beliau telah menghabiskan sisa- sisa hayatnya untuk berbakti kepada sekolah dengan kudrat tulang empat keratnya.

Guru Besar yang pertama yang dihantar mengajar ke Sekolah Kebangsaan Jenang ialah Cikgu Yusuf bin Nik pada tahun 1952 bersama beberapa orang pelajar yang dikumpul dalam satu kelas tanpamengikut usia.

Pada tahun 1964,sekolah yang dibina oleh Haji Abdul Rahman telah roboh,para pelajarnya telah roboh,para pelajarnya telah ditumpangkan ke balai raya sebagai balai raya sebagai sekolah sementara. Hampir 5 tahun para pelajar ditempatkan di balai raya,kemudian pada tahun 1969, barulah para pelajar telah dipindahkan ke bangunan baru sekarang yang terletak di atas bukit di bawah pengurusan guru besar iaitu Cikgu Ismail b.Mohamad. Hingga kini,bangunan yang dibina pada tahun 1969itu masih berdiri teguh dan sentiasa mengamit kedatangan para pelajar dan guru.

Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Jenang telah maju dan berkembang seriringan dengan sekolah jirannya.Sejak diasaskan pada 1952 seramai 12 orang guru besar telah mengajar di sekolah ini. Banyak nostagia dan cerita pahit manis telah tercatat dalam lipatan sejarah sekolah ini untuk dikenangkan dan diceritakan. Ini kerana sekolah ini pernah menjadi pusat pemindahan mangsa banjir, pusat mengundi dan tempat perhimpunan penduduk kampung menjalin cerita dan suara rasa.