Lokasi Sekolah

Sekolah Kebangsaan Jenang terletak kira-kira 12km dari Bandar Marang dan 28kmdari Kuala Terengganu.Ianya merupakan kampung yang paling kecil di daerah Marang, Ia boleh dihubungi melalui jalan darat yang berturap dan jalan air yang hampir dilupakan.Keluasan sekolah ini ialah 13.4312 ekar.Lokasinya menarik kerana terletak di atas bukit di pintu masuk ke Kampung Jenang dan dikelilingi oleh pokok buah-buahan. Sekolah ini mengandungi 3 blok bangunan setingkat tetapi tidak mempunyai kantin dan padang sekolah.Walaupun tanah kepunyaan sekolah agak luas,namun kedudukan tanah di atas bukit yang tidak rata dan bercuram menyukarkan pembinaan padang sekolah